Friday, February 23, 2007

SISTEM MORAL KANAK-KANAK PERTENGAHAN & AKHIR

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK MORAL

Sistem Moral ( Akhlak ) merupakan satu bentuk prinsip yang sesuai di mana ia bertujuan untuk membantu individu membezakan antara benar dan salah. Terdapat 3 komponen moral iaitu :-

AFEKTIF @ EMOSI yang merangkumi komponen yang mengandungi unsur-unsur perasaan yang memberikan kefahaman terhadap tindakan betul atau salah yang akhirnya mendorong untuk sesuatu tindakan moral.
KOGNITIF ialah komponen yang menumpukan tindakan benar atau salah dan membuat keputusan untuk melakukannya
KOMPONEN TINGKAH LAKU

Antara teori-teori perkembangan moral ialah TEORI PIAGET yang diperkenalkan oleh Jean Piaget berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus ( 6-10 tahun ) yang mana kanak-kanak mempercayai peraturan datang dari ibubapa atau orang-orang yang mempunyai autoriti lain. Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan pada tahap ini kanak-kanak hanya dapat melihat sesuatu peraturan dengan satu pandangan sahaja.

Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas ). Tahap ini dicirikan dengan fleksibiliti moral. Kanak-kanak sudah mula kurang egosentik dan peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah. Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap ke tahap lain bergantung kepada kematangan kognitif dab pengalaman sosial terutama sekali pengalaman menyelesaikan konflik yang berlaku sesama kawan-kawan.

Selain dari teori Piaget, TEORI KOHLBERG juga mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Kohlberg berpendapat bahawa moraliti berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat. Beliau membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya. Dalam peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir, tahap tersebut dikenali sebagai
Moraliti Prakonvensional ( 0 hingga 9 tahun )


Ia adalah berdasarkan kepada betul atau salah tingkah laku bergantung kepada tekanan luaran. Kanak-kanak akan mematuhi peraturan demi mengelak daripada dikenakan dendaan atau memperoleh ganjaran atau untuk kepentingan diri kanak-kanak tersebut. Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu Peringkat 1 : Orientasi Dendaan dan Taat di mana motif utama tingkah laku untuk mengelak dendaan dan Peringkat 2 : Orientasi Egoistik yang membolehkan seseorang kanak-kanak mematuhi peraturan demi untuk menerima ganjaran untuk memuaskan kehendak diri mereka.

Moraliti Konvensional ( 9 hingga 15 tahun )

Mesti akur pada norma yang dipegang oleh majoriti dan perlu dikekalkan oleh sosial menjadi cara utama penaakulan moral pada tahap ini. Kanak-kanak sudah boleh menerima pendapat dan motif orang ain. Mereka juga sudah bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu Peringkat 3 : Moraliti “Budak baik” yang mana apa yang betul ialah apa yang dipersetujui oleh autoriti. Peringkat 4 : Moraliti Mengekalkan Susunan Sosial dan Autoriti pula ialah apa yang betul sekarang ialah apa yang akur atau selaras dengan peraturan yang dilaksanakan oleh autoriti.

Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura pula menekankan aspek komponen tingkah laku dalam menjelaskan aspek moral. Beliau menfokuskan kepada tingkah laku luaran kanak-kanak yang boleh dilihat dan bukannya penaakulan moral dan penilaian moral. Tingkah laku moral dipelajari sama seperti tingkah laku-tingkah laku lain yang dipelajari melalui proses-proses peneguhan dan dendaan dan pemerhatian.

Contohnya dalam Islam, menurut Imam Al-Ghazali pula menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu. Anak-anak harus disediakan dengan aspek pengawasan, prinsip muraqabah bahawa Allah Maha Besar dan sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang mereka lakukan.

Firman Allah:
Luqman menasihati anaknya dengan berkata , ‘Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) seberat biji sawi sekalipun, serta ia tersembunyi di dalam batu besar ataupun di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalas-Nya) kerana sesungguhya Allah amat luas pengetahuan-Nya, lagi amat meliputi segala yang tersembunyi.’
(surah Luqman ayat 16)

2 comments:

Anonymous said...

salam, post menarik dan membantu utk rujukan.cuma kalo boleh, tolong letakkan sekali sumber rujukan,dan letakkan skali nama penulis post2 dlm blog ini.tk

Anonymous said...

salam.. trima kasih krn ia banyak membantu untuk rujukan...