Friday, February 23, 2007

KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK PERTENGAHAN & AKHIR

PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri adalah apabila seseorang kanak-kanak mula membesar, mereka akan mula bertanya pada dirinya “ Siapakah saya ? Sukakah saya pada diri saya ? semuanya persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan diri sendiri. Konsep diri adalah sesuatu yang kompleks. Antara fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri contohnya ialah “Adakah saya lakukan dengan betul ? Selain itu ia juga berperanan sebagai pengukuhan kendiri dan juga berfungsi untuk penentuan dalaman dan luaran. Menurut David Shaffer, konsep kendiri merupakan kombinasi antara fizikal dan psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau menggunakan istilah “ looking glass self ” untuk menegaskan bahawa seseorang itu memahami dirinya seperti pantulan bagaimana orang lain bergerak balas terhadap diri mereka.

Sistem kendiri terbahagi kepada 3 iaitu :-
Pengetahuan kendiri ( self-knowledge ) : Apakah yang kanak-kanak tahu tentang dirinya
Penilaian kendiri ( self-evaluation ) : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan kanak-kanak terhadap dirinya
Pengaturan kendiri ( self-regulation ) : Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh kawalan kendiri.

Dalam membincangkan mengenai konsep diri kanak-kanak ini, kajian yang dilakukan oleh Hazel J.Markus dan Paula S.Nurius mendapati bahawa kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun perlulah dibentuk konsep dirinya kerana pada masa ini mereka mempunyai hubungan yang luas dengan masyarakat. Konsep diri bukanlah berbentuk statik tetapi ia dinamik dan ia mempunyai hubung kait antara individu dengan pengaruh luar.
Ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk harga diri ( self-esteem ) kanak-kanak. Self-esteem adalah kunci yang sangat penting untuk mereka berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang. Self esteem adalah bagaimana kita memahami diri kita yang sebenarnya. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteem yang tinggi merupakan kanak-kanak yang mampu melakukan / berkebolehan memperlihatkan tanggungjawab, boleh mengurus emosi yang positif & negatif dan juga boleh menawakan bantuan kepada orang lain. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteeem yang rendah pula akan bertingkah laku contohnya kanak-kanak merasakan diri tidak disayangi dan tidak diingini, merendah diri terhadap kebolehan dan bakat yang dimiliki dan juga kanak-kanak tersebut akan mengelak untuk melakukan sesuatu yang baru.

TEORI-TEORI KENDIRI

PENDEKATAN KOGNITIF-PERKEMBANGAN yang diperkenalkan oleh Robert Selman. Beliau telah menjalankan kajian terrhadap ramai kanak-kanak dan beliau telah memberi watak utamanya berhadapan dengan dilema. Kanak-kanak kemudiannya diarahkan supaya memberitahu apakah perasaan dan fikiran watak utama dalam cerita itu. Kanak-kanak juga ditanya bagaimana agaknya dilema tersebut boleh diselesaikan. Selman lebih berminat dengan cara penaakulan kanak-kanak tersebut berbanding dengan jawapan soalan yang diberikan. Daripada kajian itu, beliau telah membina satu model pengetahuan kendiri yang mempunyai 5 tahap ( Bayi hingga remaja ). Kanak-kanak pertengahan sudah dapat memahami tingkah laku mungkin berbeza daripada perasaan dan motif contohnya ialah seseorang mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna dia sedang gembira. Kanak-kanak akhir pula mengalami kendiri yang stabil.

Teori yang kedua ialah TEORI PEMBELAJARAN PERSEKITARAN. Ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini menyifatkan bahawa konsep efektif-kendiri sebagai kebolehan kendiri yang dinilai oleh individu itu sendiri untuk melihat kejayaan sesuatu perkara yang dilakukan. Bandura menjelaskan bahawa kanak-kanak pada mulanya tidak memahami proses yang berlaku pada dunia sosial mereka. Pada masa inilah, ibubapa memainkan peranan untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut. Ia adalah bertujuan untuk membnatu kanak-kanak belajar tentang tahap keupayaan atau efektif-kendiri.

Terdapat dua jenis mekanisme yang boleh menggalakkan perkembangan penilaian efektif-kendiri. Yang pertamanya ialah melalui modelling iaitu kanak-kanak memerhati model tertentu untuk melakukan sesuatu perkara. Mekanisme yang kedua pula ialah melalui reaksi dalaman badannya seperti rasa tertekan, sakit perut dan lain-lain lagi perkara yang melibatkan reaksi emosi. Penggunaan tanda-tanda rangsangan ini hanya boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang sudah memperoleh keupayaan kognitif yang tinggi. Menurut Bandura, penilaian efektif-kendiri yang tinggi akan akan meningkatkan usaha dalam sesuatu perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

No comments: