Monday, February 5, 2007

PENDAHULUAN



KANAK-KANAK PERTENGAHAN & AKHIR


Kanak-kanak pada lingkungan pertengahan umur sudah boleh membaca, menulis dan juga mengira. Mereka juga ingin berjaya dan mencapai sesuatu yang diidamkan. Peranan ibubapa ketika ini amat penting dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan moral dan psikososial.Kanak-kanak ini merupakan kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara 6 hingga 8 tahun. Kanak-kanak pada tahap pertengahan umur ini bermula apabila kanak-kanak menganggap perkongsian lingkungan yang kecil untuk menjalankan tanggungjawab kepada tingkahlaku dalam perhubungan antara ibubapa, rakan sebaya dan juga yang lain. Manakala kanak-kanak pada peringkat akhir pula berada pada lingkungan umur antara hingga 12 tahun.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK FIZIKAL

Kadar pertumbuhan fizikal pada peringkat ini didapati agak perlahan tetapi konsisten. Peringkat ini juga merupakan satu tempoh yang tenang sebelum berlaku lonjakan pertumbuhan bagi remaja. Perubahan fizikal yang utama melinatkan sistem skeletal atau tulang rangka, sistem otot, dan kemahiran motor. Kanak-kanak perempuan didapati membesar dalam kadar yang lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lelaki.. Penambahan berat adalah disebabkan oleh pembesaran saiz tulang,sistem otot dan saiz organ. Masalah pertumbuhan yang sering dihadapi oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah masalah yang berkaitan dengan nutrisi seperti mulnutrisi atau overnutrisi yang menyebabkan masalah kegemukan atau obesity. Masalah obesiti adalah berpunca daripada warisan mekanisme fisiologi dan faktor persekitaran.

Pada waktu ini juga, kanak-kanak akan mengalami penguguran gigi dan gigi kekal akan tumbuh menggantikan gigi yang sudah tiada. Menurut Jaafar Mahmud, pada hakikatnya pengukuran fizikal berkembang secara perlahan semasa kanak-kanak di peringkat ini. Apa yang dapat dilihat secara jelas adalah perkembangan dalam kemahiran motor.


No comments: